28 September 2011

Masyarakat Pensiangan tidak akan terpedaya dengan MU PBRS!!!!!!!!!!!!!!

GULA-GULA

 "gula-gula"
Itulah ungkapan salah seorang penduduk KG yang usianya mencecah 51 tahun apabila jalanraya dikawasan Pensiangan (sook -  sinua) sedang proses untuk di naik taraf (aspal). 

PRU 13 semakin hampir, dan untuk kawasan Pensiangan,dijangkakan PBRS akan mengalami kekalahan yang teruk jika PBRS yang diberi mandat untuk membela rakyat pensiangan tidak melakukan perubahan yang besar atau menyediakan kemudahan yang asas pada kawasan Pensiangan. sebagai contoh, jalan raya, air dan elektrik. Hal ini kerana sikap pemimpin yang diberi tanggungjawab untuk membela rakyat gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, walaupun diberi masa yang lama untuk memerintah dikawasan ini.

dari dahulu hinggalah sekarang penduduk pensiangan (sook-sinua) inilah jalan raya yang mereka lalui yang disediakan oleh YB yang menang dalam Pilihan Raya.

Hujan penduduk "makan LUMPUR"





Bila kumarau penduduk " makan habuk"




 Tiang elektrik ada tapi current tak ada??? pelik bukan??





Kawasan Pensiangan kaya dengan hasil bumi





disebabkan PRU 13 semakin hampir, maka alhamdulillah projek naik taraf jalan raya sook-seinua telah dimulakan.


dan inilah yang dikatakan oleh seorang penduduk "gula-gula" yang suda hilang kepercayaan dengan T. Josep Kurup.

kata seorang pemandu bas lagi walaupun Jalan Raya akan dinaik taraf, namun masyarakat pensiangan tidak akan tertarik dengan benda tersebut. hal ini mungkin disebabkan masyarakat memehami "demokrasi " itu sendiri.






7 September 2011

Dr Yusuf Al Qardawi: Perbezaan antara fikiran dan aqidah


Assalamu’alaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Disini ingin saya catatkan pandangan Ulamak terkenal ini. Menurut Dr Yusuf Al Qardawi terdapat perbezaan yang besar di antara fikiran dan aqidah, walaupun pada lahirnya kelihatan serupa. Fikiran atau pendapat itu hanya menjadi ilmu pengetahuan sedangkan aqidah terhunjam ke dalam hati dan meresap ke dalam jiwa dan semangat. Satu pendapat itu biasa dianggap betul, yang pada hakikatnya salah. Kepercayaan itu kebenaran yang tetap, tidak ada ragu-ragu. Ini tidak mengira masa, samada hari ini, besuk dan seterusnya, sentiasa tetap. Pendapat itu sifatnya lemah, kaku dan dingin. Jika terjadi sesuatu yang difikirkan itu timbul perasaan senang dan senyum gembira, tetapi jika berlaku sebaliknya tidaklah terasa apa-apa. Tetapi aqidah sifat nya hidup, dinamis dan bergelora. Tidak ada kepuasan, kegembiraan dan ketenangan sebelum terjadi apa yang sesuai denagn kehendak aqidah.

Orang yang mempunyai pendapat atau fikiran mudah berobah pendiriannya oleh kerana sesuatu keadaan atau kepentingan, jauh sekali berbeza dari orang yang mempunyai aqidah.

Pendapat biasa membayangkan berbagai kesulitan dan rintangan, mudah terpengaruh oleh kesenangan jasmani, menimbulkan kebimbangan dan ragu-ragu. Sebaliknya aqidah menumbuhkan kesediaan menentang bahaya, menggoncangkan gunung dan bukit, menukar bentuk zaman, merobah jalan sejarah, melenyapkan bimbang dan ragu, membangkitkan keyakinan dan keberanian, dan tidak tunduk melainkan kepada kehendak tujuan dan cita-cita keimanan.

Sekian, semoga dapat memberikan kita sedikit kefahaman hasil tulisan Dr Yusuf Al Qardawi.
Wasalam
Rujukan : Iman dan kehidupan