13 Disember 2011

PBRS Pensiangan semakin tidak dipercayai ?????

        Kedatangan PAS di Pensiangan cukup memberi kesan yang negatif kepada PBRS Kawasan Pensingan, sehinggakan PAS Pensiangan diserang melalui media alternertif. Walaupun, PAS Pensiangan baru ditubuhkan, namun PAS Pensiangan telah berjaya mendesak PBRS Pensiangan agar lebih kuat berkerja untuk rakyat. Hal ini kerana banyak isu2 yg telah ditimbulkan untuk tujuan membela rakyat yang selama ini PBRS tidak mengambil perhatian walaupun telah diberi kepercayaan oleh rakyat dalam masa yang agak lama.

         Walaupun jalan utama sedang dalam pembinaan, namun satu lagi bukti PBRS semakin tidak diterima olah rakyat pensiangan adalah terdapat penduduk KG yang terpaksa menggunakan duit sendiri untuk membuat jalan raya ke kebun-kebun mereka. Hasil ikthiar orang KG, Jalan Raya tersebuat hampir separuh telah disiapkan. Difahamkan, jalan tersebuat sejauh lebih 10 km.

     Persoalan yang timbul disini adalah dimanakah wakil rakyat??? setelah menghadiri satu perjumpaan dengan salah seorang penduduk KG, beliau menyatakan sudah berpuluh tahun jalan ini di tuntut, namun tidak ada tindakan, setalah puas meminta pada yg yg dipertanggungjawab, maka mereka pun berpakat-pakat menggunakan duit sendiri untuk mebina Jalan Raya ke kebun-kebun mereka yg merupakan sumber rezeki mereka. Satu lagi kata-kata'yg dikeluarkan penduduk tersebut yang membuatkan sy berfikir '' kalu ada  elektrik tapi tidak ada bikin bayar bill macam mana???, kalu ada jalan raya besar tapi tidak ada duit mcm mana?? " selamat berfikir....

Tiada ulasan: